Bersara dari politik Lim_Ah_Lek

Selepas bersara dari politik , beliau dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) (2007-2009). Selepas beliau ialah Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (1 Oktober 2009).[9] KTMB melaksanakan projek landasan berkembar dari utara ke selatan Semenanjung.[10]

Beliau menjadi Pro Canselor Universiti Putra Malaysia bersama Tan Sri Dr. Nayan Ariffin dan Tan Sri Rozali Ismail.[11]

Beliau juga dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Penyiasatan dan Penambahbaikan Polis. Suruhanjaya ini disertai oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (Pengerusi), Tun Mohammed Hanif Omar (Timbalan Pengerusi), Tun Salleh Abas, Tun Azizan Zainul Abidin, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Kamilia Ibrahim, Tun Zaki Tun Azmi, Datuk Abdul Kadir Jasin, Datuk Michael Yeoh, Kuthubul Zaman Bukhari, Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, Denison Jayasooria, Ivy Josiah dan Datin Paduka Zaleha Zahari.[12]

Pada 2004, sebagai bekas Timbalan Presiden MCA, beliau jengkel dengan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek yang masih mahu berpolitik dan bertanding walaupun jelas video CD tersebar. Selaku veteran MCA, beliau dipanggil untuk menyelesaikan krisis antara Chua Soi Lek dengan Ong Tee Keat.

Rujukan

WikiPedia: Lim_Ah_Lek http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR1... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pil... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pil... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...